• Sandaran selamat Signal telah tiba! Kini anda boleh memilih untuk mendayakan sandaran disulitkan hujung ke hujung automatik supaya anda tidak akan kehilangan mesej apabila anda mendapat telefon baharu atau memasang semula Signal. Anda boleh menyandarkan semua mesej anda dan media 45 hari terakhir secara percuma atau anda boleh membayar yuran bulanan yang kecil untuk mendapatkan storan 100 GB untuk menyandarkan setiap lampiran. Ketik pada sandaran dalam tetapan Signal anda untuk bermula. Terima kasih kepada semua orang yang membantu menguji ciri ini semasa tempoh beta!
