Signal ialah aplikasi pemesejan yang mengutamakan privasi. Ia percuma dan mudah digunakan, dengan penyulitan hujung ke hujung yang kukuh untuk memastikan sembang dan panggilan anda benar-benar peribadi. Signal tidak boleh membaca mesej anda atau mendengar panggilan anda, dan tiada orang lain yang boleh. 

• Signal pada MacOS dipautkan dengan Signal pada telefon anda. 

• Hantar teks, mesej suara, foto, video, GIF dan fail yang disulitkan hujung ke hujung secara percuma. 

• Kekal berhubung dengan sembang kumpulan sehingga 1,000 orang. Kawal siapa yang boleh menghantar mesej dan mengurus ahli kumpulan dengan tetapan kebenaran pentadbir.

• Hubungi rakan anda dengan panggilan suara dan video yang jelas dan disulitkan hujung ke hujung. Panggilan kumpulan menyokong sehingga 75 orang.

• Signal dibina untuk privasi anda. Kami tidak tahu apa-apa tentang anda atau dengan siapa anda berbual. Protokol Signal sumber terbuka bermaksud kami tidak boleh membaca mesej atau mendengar panggilan anda. Orang lain juga tidak boleh. Tiada pintu belakang, tiada pengumpulan data, tiada kompromi. 

• Kongsi Cerita foto, teks dan video yang hilang selepas 24 jam. Tetapan privasi memastikan anda sentiasa mengawal siapa yang boleh melihat setiap Cerita.

• Signal adalah bebas dan bukan untuk keuntungan; teknologi yang berbeza daripada organisasi yang berbeza. Sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan 501c3, kami disokong oleh derma anda, bukan oleh pengiklan atau pelabur. 

• Untuk sokongan, pertanyaan atau maklumat lanjut sila lawati https://support.signal.org/

Untuk menyemak kod sumber kami, lawati https://github.com/signalapp 

Ikuti kami di X @signalapp dan Instagram @signal_app
